MeNcArI NuR AbAdI

seorang hamba...




Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"
Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.

Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.
Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

Rolling Eyes









cuba cari gambar tuan punya blog ni...sape yg teka betul dia pandai.hihi.hintnya budak tembam...huhu



Nak lari kemana 2 cik put... Crazy 1



wow...hencemnya..pandai aku mekap kan .hihihi Laughing 1

Smile
kacukan panguin dan kucing menghasilkan ...pancing...hoho




tapak sulaiman yg beso di temui di Atlantik.. Scared 1




ishx3 sianya keldai ni.mcm mana 2 nk tarik barik.awl2 lagi barang 2 yg tarik dia naik atas..kejam2




cara yang mudah tuk goreng telur...jimat duit x yah beli kuali.amalkan cara ini dirumah anda.huhu Perfecto




ni kuda ke beruang??ishx3.pelik tul.No





buah oren yg boleh berjalan..ajaibx3. Roll





cuba anda lihat gambar ni betulx3 pe yg peliknya???.klu nk tau yg hitam 2 bayang2 unta.yg bayang putih 2 unta yg sebenar.pelik kan.tp benar.
Thinking

yummy.sedapnya biskut ni.blh buat biskut raya ni.haha. Picnic





Mmm... Feels Good funny picture
This hilarious funny picture courtesy of pYzam.com


Pyzam Glitter Text Maker
Glitter Graphics Maker & MySpace Layouts


UTARA
pi................pergi
hang..............kamu
bataih...............jalan raya
gerek................basika
layaq...............air
cenge.................garang
kalut...................kelam kabut
katup...............tutup
cengeng..................muka kesian
ngaji.......belajar
mai.............balik/datang
taw.................tahu
garuish...............mancis
camca............sudu
mertun.....................tukul
baloq liat.............degil..pemalas
rapla jingga.........pening2 lalat
kawaq.............penyamun/pencuri
ghe-ngau.............cakar
se-qheyat..............reda/surut
hambatn.................kejar
pe-qhembang..............bidik (aim)
contiang........lukis
ligan.............kejar
cemuih............bosan/jemu
tokak.......................gigit
gon...............cerun (bukit kecil)
belemoih.................comot/kotor
tetomoih.................tersungkor
ku-tey.................cubit
tak dan.................tak sempat
hebiaq.................celupar
maneh melecaih.................tersangat manis
Lincun/lencun.................basah
lokoih.................kuyup
kawaq.................pencuri
kanyaq.................mentah (berhingus)
ketegaq.................degil
he-ghot petot.................senget benget
me-ghela.................gatal
log laq.................cemekap/cuai
hawin.................pusing
punggai.................baling/lempar
tengalong.................tuju/baling
me-ghe-kah.................Kupas/koyak
ayaq achaq.................air longkang
ha-ghin.................hancing
kelepiaq.................melibas
kelolo................."tak berapa betoi"
hemoi................."muka tak malu"
me-ghe-nyeh.................menggatal
da-oh.................tak "matching"
hapak pera'e.................bau hapak
hijau me-ghe-ngak.................telalu "hijau"
celuih.................muat
me-ghelit me-ghelap.................berkilau-kilau
me-ghe-yup.................jauh/sayup
ghem-pang................."tergedik-gedik"
kampoi.................kumpul/kaut
je-ghang.................rebus
capoi.................celupar
te-ghe-bey.................lastik
melo-ghoih.................lucut/gelongsor
me-gho-not.................membongkok
sene-gheh.................selisih
be-gha-chaq.................comot/kotor
kahaq.................nakal
pedo.................hati-hati
peysoh.................urus
hapuih.................tenggelam (lemas)
ghan-dok.................redah
se-ghoh.................kebah
kurusghen-jong.................tinggi lampai
pe-gho-ngoih.................panas baran
takek.................ketuk/potong
be-ghemba.................bersaing/lumba
ghe-tiaq.................ikhtiar/fikir
ge-ghet.................gigit
tahaq.................tahan
gha-gaih.................panjat


natikan sambunganya....t kita sambong plak noh



Jika HATI sejernih AIR, jangan biarkan dia keruh,Jika HATI seputih AWAN, jangan biarkan dia mendung,Jika HATI seindah BULAN, hiasi ia dengan IMAN…




"Jika HATI ialah ISTANA,maka CINTA ialah SINGGAHSANA,KETULUSAN ialah MAHKOTA,KESETIAAN ialah PIALA TERINDAH dan SENYUM SEORANG SAHABAT ialah TAKHTA"


Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.



Saidina Othman Ibnu Affan r.a. berkata, "Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
1) Hatinya selalu berniat suci
2) Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
3)Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
4)Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
5) Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia"








*Jika para pembaca mendapati mana-mana hadis di bawah adalah hadis palsu @ bukan hadis,mohon diperbetulkan di bhgn komen. Terima kasih.



1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".



2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan



3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.



4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.



5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.



6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.



7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.



8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.



9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).



10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.



11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.



12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".



13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.



14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.



15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.



16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.



17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.



18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.



19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."


Doa Dari Hadis Sohih : Khusus Elak
Di Rogol & Cabul
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini. Iaitu :-

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو


السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ

فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Fikirkanlah.


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu siangnya engkau sibuk berzikirtentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindumendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu solat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu', tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tidak akan kau sia-siakan walau sesaat yang berlalu setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhirtentu malammu engkau sibukkan dengan bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..mengadu...merintih. ..meminta belas kasih"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang mari kita meriahkan Ramadhankita buru...kita cari...suatu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahirmempersiap diri...rohani dan jasmani menanti-nanti jemputan Izrail di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman Duhai Ilahi....

andai ini Ramadhan terakhir buat kami jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...menerangi kegelapan hati kami menyeru ke jalan menuju redho serta kasih sayangMu Ya Ilahi semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...tak akan ada manusia yang bakal mengetahui apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA



Sesungguhnya bulan Ramadhan juga disebut sebagai bulan ibadat bagi umat Islam. Ini diperkuatkan dengan terdapat banyak hadis yang menyebut tentang keutamaan dan keistimewaan beramal di bulan Ramadhan ini. Antaranya ialah:

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, Bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Ketika datang bulan Ramadhan: sesungguhnya telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilainya sama dengan seribu bulan, maka diharamkan kebaikannya bagi siapa yang tidak beramal baik di dalamnya, sesungguhnya tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini”.
(Hadis riwayat Ahmad, Nasai dan Baihaqi)


Dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Solat lima waktu, solat Jumaat sampai solat Jumaat berikutnya, puasa Ramadhan sampai puasa Ramadhan berikutnya, adalah menutup dosa-dosa (kecil) yang diperbuat di antara keduanya, bila dosa-dosa besar dijauhi”.
(Hadis riwayat Muslim)

Dari Abdullah bin Amru, bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Puasa dan Al-Quran itu memintakan syafaat bagi seseorang hamba di hari kiamat. Puasa berkata: Wahai Tuhanku, aku telah mencegah dia memakan makanan dan menyalurkan syahwatnya di siang hari, maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya. Dan berkata pula al-Quran: Wahai Rabbku aku telah mencegah dia tidur di malam hari (kerana membacaku), maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya. Maka keduanya diberi hak untuk memintakan syafaat”.
(Hadis riwayat Ahmad)

Dari Sahal bin Sa’ad, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Bahawa sesungguhnya bagi Jannah itu ada sebuah pintu yang disebut “Rayyaan”. Pada hari kiamat dikatakan: Di mana orang yang berpuasa? (untuk masuk jannah melalui pintu itu), jika yang terakhir antara mereka sudah memasuki pintu itu, maka ditutuplah pintu itu”.
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa puasa Ramadhan kerana beriman dan ikhlas, maka diampuni dosanya yang telah lalu dan yang sekarang”.
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Jabir r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka”.
(Hadis Riwayat Ahmad)

Sebagai kesimpulan daripada kesemua hadis di atas, dapatlah dikatakan bahawa ia memberi pengajaran kepada kita tentang keutamaan dan keistimewaan bulan Ramadhan serta keistimewaan beramal di dalamnya bagi mereka yang ikhlas untuk mencari keredhaan Allah S.W.T. Di antaranya ialah:

Keistimewaan Bulan Ramadhan

>Bulan yang penuh Barakah

>Pada bulan ini pintu Jannah di buka dan pintu Neraka ditutup

>Pada bulan ini syaitan-syaitan dibelenggu

>Dalam bulan ini ada suatu malam yang keberkatan beramal di dalamnya adalah lebih baik dari beramal selama seribu bulan, iaitu Malam Al-Qadar.

>Pada bulan ini juga setiap hari akan ada malaikat yang menyeru dan menasihati umat Islam supaya berbuat baik dan menjauhi perkara maksiat

Keistimewaan beramal di bulan Ramadhan

>Amal itu dapat menutup dosa-dosa kecil antara Ramadhan ini sehingga bertemu Ramadhan berikutnya

>Menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan memintakan syafaat daripada amalan membaca al-Quran dan puasa itu sendiri dan perisai siksaan neraka

>Bagi orang yang berpuasa disediakan pintu khusus baginya untuk memasuki Jannah iaitu yang dinamakan “Rayyaan”
Ihsan Mimbar Ulama



Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلاَّ الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِى وَأَنَا أَجْزِى بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِى لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ. وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ
“Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal hingga tujuh ratus kali lipat. Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), ‘Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan karena-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan yaitu kebahagiaan ketika dia berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.’” (HR. Muslim no. 1151)






selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia kepada seluruh umat islam diatas muka bumi ini. semoga ramadhan pada kali ini memberikan kepada kita 1001 keberkatan dan pengertian kepada kita semua. AMIN.Bersihkan hati, tingkatkan amalan , semoga kita diberkati oleh ALLAH




1.Orang yang tidur dalam keadaan bersuci

Rasulullah saw ersabda,”barangsiapayang tidur dalam keadaan suci,maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya.Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa”Ya Allah,ampunilah hambamu sifulan keran tidur dalam keadaan suci”



2.Orang yang sedang duduk menunggu.. waktu solat .

Rasulullah saw bersabda, ”tidaklah salah seorang diantara kalian duduk menunggu solat,selama ia berada dalam keadaan suci,kecuali para melaikat akan mendoakannya,”ya Allah,ampunilah ia ya Allah,sayangilah ia”

3.Orang yang berada disaf barisan hadapan di dalam solat berjemaah..

Rasulullah saw bersabda,”sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat kepada (orang-orang)yang berda disaf hadapan”


4.Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah(tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam saf)..

Rasulullah saw bersabda,”sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf’”

5.Para malaikat mengucapakn ‘amin’ ketika seorang Imam selesai membaca al-fatihah..

Rasulullah saw bersabda, ”Jika seseorang Imam membaca ‘ghairil maghdhu ‘alaihim waladhaaliin’,maka ucaplah oleh kalian ‘amiin’,kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat ,maka ia akan diampuni dosanya yang lalu”.


6.Orang yang duduk ditempat solatnya setelah melakukan solat..

Rasulullah saw bersabda,”para malaikat akan selalu berselawat kepada salah seorang diantara kalian selama ia ada di dalam tempat solat dimana ia melakukan solat,selama mana ia belum batal wudhu’nya (para malaikat)berkata’ya Allah ampunilah dan sayangilah ia’


7.Orang-orang yang melakukan solat subuh dan asar secara berjemaah..

Rasulullah saw bersabda ,”Para malaikat berkumpul pada solat subuh lalu para malaikat(yang menyertai hamba)pada malam hari(yang sudah bertugas malam hingga subuh)naik(ke langit),dan para malaikat pada siang hari tetap tinggal.Kemudian mereka berkumpul lagi pada solat asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari(hingga solat asar)naik(ke langit)sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal,lalu Allah bertanya kepada mereka,”bagaimana hambaku?,mereka menjawab:”kami datang sedangkan mereka sedang solat dan kami tinggalkan mereka sedang melakukan solat,maka ampunilah mereka pada hari kiamat”.


8.Orang yang mendokan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah saw bersabda,”Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoanya adalah doa yang akan dikabulkan.Pada kepalanya ada malaikat yang menjadi wakil baginya,setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan,maka malaikat tersebut berkata ‘amin’ dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapati”


9.Orang-orang yang berinfak..

Rasulullah saw bersabda,”Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2malaikat turun kepadanya,salah satu antaranya berkata,”ya Allah,berikan ganti bagi orang yang berinfak”.Dan lainnay berkata,”ya Allah,hancurkanlah harta bagi orang yang kedekut”.

10.Orang yang sedang makan sahur

Rasulullah bersabda”Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya akan berselawat kepada orang-orang yang sedang makan sahur”.

11.Orang yang sedang menjenguk orang sakit..

Rasulullah bersabda,”Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutuskan 70.000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya diwaktu siang hingga petang dan di waktu malam sehingga subuh”




12.Seseorang yang sedang mengajar kebaikan kepada orang lain..

Rasulullah saw bersabda,”keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang palig rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi,bahkan semut yang didalam lubangnya dan bahkan ikan,semuanya berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.


Hi There!
Myspace Layouts


cute animation


To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!



ni ala taichi sikit la…

sebagai intro dan warming up..



tiru la macam ni…

untuk melegakan otot2 bahu yg sengal dan leher..



wa..goyangkan tangan keatas dan kebawah...dan akihr sekali sebut fire3.huhu



Kemudian buat gerakan kekanan dan kemudian ke kiriutk melembutkan otot2..



gerak ke kiri kemudian ke kanan



mula2 buat gaya2 tunduk cm jepung pas 2 pusingkan kepala 360 darjah celcius..jgn terkehel sudah la noh..



ambik seketul batu dan hentak kuat kuat kat dahi..

ni untuk hilang mengantuk..(klu jd apa2, x bertangjwb ye,sendiri tanggung la.huhu)



dah kemudian goyang2 tangan dan badan sikit macm tgh nk terbang ke bima sakti..br/>
buat sambil senyum hingga ketelinga..:)..



Then naikan kepala keatas dan kebawah sambil kedua-dua tangan bergerak.ikut jela cm gamba 2.kan senang.huh…

Sambil2 buat gerakan 2 mata lihat kekiri dan kekanan tuk exercise mata spya x juling..…



buat gerakan secepat yg mungkin...Yeaha...macm naik kuda la.Yeke naik kuda cm 2??konpius mak cik…

gerakan ni dapat hilangkan benda yg stresskan kita..




pas 2 angkat tangan sebelah dan katakan merdeka3..(bukan merdeka dr penjajah..jgn salah phm plak.MERDEKA DR STESSSS.yahooo)…



sekali lg pusingkan kepala 365 darjah celcius plak..(arahan buat 99 kali sampai pening.huhu)…



pas 2tengok muka kat cermin

sambil goyang2.. dan dlm hati kata ermm kiut gak aku ni ye…



gerakan yg last sekali

buat joget lambak dan mix ngan kungfu hustle


--------------


sekian tamatlah exercise hilangkan ngantok dan stress.klu x lega2 gak ambik ubat tido.senag cite.tido pun sodap..


AMARAN!!!exersice ini hya tuk org berakal sja.~

kebesaran ALLAH S.W.T

Islamic Widget

Islamic Widget


ONLINE VISITORS

BERITA HARIAN

tyme

jom sembang2


ShoutMix chat widget

About this blog

salam ukhwah...

About Me

My photo
just a simple girl.umur 22, belajaq kat ukm.cita2 x tau ag nk jd apa.huhu.harap2 da keja yg sesuai.bila dapt keja blh la byar utng ptptn 2 dan balas jasa mak ayah.syg mak ayah.SEMOGA ALLAH MEMBERKATI DAN MEMBERIKAN RAHMAT KPD HIDUPKU, KELUARGAKU DAN ORG YG TERSAYANG.

Followers