Jika HATI sejernih AIR, jangan biarkan dia keruh,Jika HATI seputih AWAN, jangan biarkan dia mendung,Jika HATI seindah BULAN, hiasi ia dengan IMAN…




"Jika HATI ialah ISTANA,maka CINTA ialah SINGGAHSANA,KETULUSAN ialah MAHKOTA,KESETIAAN ialah PIALA TERINDAH dan SENYUM SEORANG SAHABAT ialah TAKHTA"


Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.



Saidina Othman Ibnu Affan r.a. berkata, "Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
1) Hatinya selalu berniat suci
2) Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
3)Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
4)Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
5) Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia"