Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mendapatkan sesuatu hajat.Ada waktu tertentu paling mustajab berdoa kepada Allah. Diantaranya ialah:


1)ketika lailatul qadar

2)ketika hujan

3)ketika memulakan solat dan selepas selesai solat

4)ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan

5)di tengah malam

6)di antara azan dan iqamah

7)ketika sujud dalam solat

8)ketika iktidal akhir dalam solat

9)ketika khatam (tamat) membaca 30 juz al-quran

10) sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktur sahur)

11)malam jumaat dan sepanjang jumaat kerana mengharapkan berjumpa saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak diantara terbit fajar hingga terbenam matahari hari jumaat.

12)diantara waktu Zohor dan Asar serta antara waktu lailaha illa Llah.