salam.saja nk cite ckit tentag pengalaman buat soal selidik tuk kertas projek ni,tajuk tntg wanita desa dalam industri kecil (IK)kat k,nerang.first time buat soal selidik kat daerah kuala nerang..(my hometown).fisrt time nk wat soal selidik ni rasa malas, malu, susah dan macam2 ag la.da pengalaman suka duka masa buat s.s ni.(soal selidik).nk cite pengalaman yang duka dulu la ye.masa buat s.s ni nk dapat maklumat susah la gak.ingatkan majlis daerah da maklumat tentg Ik tp x dak pun.majlis daerah plak srh p kat pejabat pertanian.mana la cek tau pejabat pertanian yg uruskan IK.huhu.tp x pala dapat gak maklumat c kit tentag daerah KN.akhirnya dapat gak maklumat tngt IK kat kn.bersyukur sgt.pas dapat maklumat Ik 2, timbul plak masalah.nk cari tempat org buat Ik pnya la ssh.ingatkan Kn kecik ja.tp besaq gak.cari tempat nk buat pun da yg sesat jalan .pas 2 bila dah samapi umah org yg buat Ik 2, x dak la plak org.balik la ngan perasan yg hampa.huhu.tp x pa , terus mencuba sampai dapat.akhirnya, alhamdullillah, dapat gak cari responden.pengalam yg suka plak, masa buat s.s responden bg kerjasama dan depa semua baik2 belaka.tanpa responden siapalah aku.huhuhu.pas 2 masa wat s.s dapat makan kuih tradisional panas2.sedapx3.hihi.pas 2 dapat tgk responden buat kuih.best gak tgk.pas 2 da satu cite lawak gak.masa buat s.s , da la serng responden ni , dia inagt cek ni nk bg bantuan tuk org yang buat IK ni.lawakx3.sebenarnya dah terg byk kali dah yg s.s ni tuk k.projek UKM.tp dia x pahm gak.dia layan pnya la elok.dia bg kerepek yg dia buat banyak plak, dia x mau ambik duit, bg free ja .tp cian la kat dia kan , cek pun bg la duit gak tp dia ambik setengh ja.mungkin sampai sekrg ni dia dk berharapo kan dapat bantuan.cian gak.hurmm.tp cek dah kata dah, klu nk dpat bantuan blh la p kat pejabat pertanian,@FAMA.x tau ;a dia p ka x.harap2 dia p la.cian tgk dia bersemgat nk wat IK.harap dia berjaya la dan semua responden berjaya.sepanjg buat s.s ni yg paling byk bantu mak, dan kak.pas 2 kawan.tanpa depa x siap la s.s ni.terima kasih semua.cyg hampa.ni baru s.s , byk ag kerja nk kena buat tuk k.projek.chayokx3 tuk diri sendiri.hihi.k.la setakat ni saja coretan pengalamanku.wsslm
coretan suka duka pengalaman semasa buat soal selidik tuk kertas projek ..
#Di tengah malam atau sepertiga malam yang akhir
#Selepas solat fardu
#Berdoa di tempat sunyi supaya khusyuk
#Ketika dalam peperangan atau darurat
#Ketika sujud
#Ketika dizalimi orang
#Ketika musafir
#Bapa mendoakan kebaikan anak
#Ketika wukuf di Padang Arafah
#Selepas solat Subuh sebelum terbit matahari
#Selepas solat Asar
#Ketika mahu berbuka puasa
#Ketika sakit
#Doa pada malam Lailatulqadar
#Doa pada malam Jumaat
#Doa dalam Masjidil Haram
#Berdoa dalam Masjid Nabawi (terutama di Raudhah)
#Berdoa di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis
#Apabila khatam membaca al-Quran
#Doa raja yang adil
#Doa anak yang taat kepada ibu bapa
#Doa ketika tawaf mengelilingi Kaabah
#Berdoa dekat Multazam (antara Hajar Aswad dan pintu Kaabah) di Masjidil Haram
#Berdoa di belakang makam Nabi Ibrahim di Masjidil Haram
#Berdoa di Hijr Ismail
#Berdoa di mana juga masjid kerana ia rumah Allah
Sumber: ruangan Ad-Din,dari harian metro
1)Hendaklah dalam keadaan suci dari hadas kecil dan besar selain memakai pakaian bersih serta tempat berdoa yang selesa.
Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mendapatkan sesuatu hajat.Ada waktu tertentu paling mustajab berdoa kepada Allah. Diantaranya ialah:
Bersama Zaharuddin Abd Rahman
PUASA sunat Syawal sememangnya popular di kalangan masyarakat kita. Di kesempatan ini, saya suka menasihatkan semua yang mengamalkannya supaya berhati-hati daripada tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan individu berpuasa itu bermegah dan riak dengan amalannya. “Kau dah hari ke berapa?”“Ini hari kelima.”“Esok aku raya (sunat Syawal).”
Itu semua antara kata-kata yang kerap didengari di bulan Syawal ini. Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam.
Ia agak terpuji tetapi dicemari oleh hebahan yang dibuat berkaitan bilangan hari puasanya bertujuan melihat ‘siapa lebih hebat.’
Amat dibimbangi, tindakan itu bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya kerana ia menjatuhkan seseorang di dalam dosa hati yang bernama ‘sum’ah’. Sum’ah adalah satu penghapus amalan kebaikan apabila amalan kebaikan itu dihebahkan kepada umum bagi meraih pujian dan sanjungan. Memang benar, tidak semua jenis pemberitahuan kebaikan itu salah. Ia lebih tertumpu kepada kawalan niat dan hati seseorang namun dalam banyak keadaan, ramai individu gagal mengawal niatnya daripada berasa bangga dan menunjukkan kelebihan diri.Adapun, bagi segelintir orang soleh, mereka juga berkongsi amalan kebaikan khususnya kepada anak murid supaya ia dapat dicontohi dan diikuti.Jika guru mampu mengawal niatnya, ia tidaklah menjadi penghapus kepada amalannya. Bagi individu biasa, lebih baik jika dapat disembunyikan puasa sunat itu supaya tidak membuka ruang syaitan untuk merosakkan niat.
KEUTAMAAN ANTARA SUNAT SYAWAL DAN QADA
Jika ada yang bertanya mana lebih baik di antara puasa sunat Syawal atau puasa qada?
Jawapannya sudah tentu puasa qada.
Ini terbukti daripada hadis Qudsi yang sahih bermaksud: “...dan tidaklah hampir kepada-Ku seorang hamba-Ku dengan apa jua pun, maka yang lebih Kusukai adalah mereka melaksanakan amalan fardu/wajib ke atas mereka dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepada-Ku dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah Aku kasih kepadanya...,” (Riwayat Al-Bukhari).
Hadis itu sebagai asas keutamaan. Bagaimanapun, daripada sudut praktikal, jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.
Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu qada puasanya selama berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama ketika Ramadan) dan tubuhnya juga sihat dan diyakini masih kuat, eloklah dia mengerjakan puasa sunat Syawal terlebih dulu.
Ini kerana waktu sunat puasa Syawal yang singkat berbanding qada (sepanjang tahun). Bagaimanapun, perlu diingat, walaupun tempoh bagi puasa qada panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dulu.
Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.
Bagaimanapun, seseorang yang mati selepas berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawal, pastinya tiada sebarang masalah, malah mungkin dia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat Syawal itu sekali.
Ia berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW: “Barang siapa yang ingin melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, sudah dituliskan Allah SWT baginya pahala penuh, maka jika ia berkeinginan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda.” (Riwayat Al-Bukhari).
Kita harus memahami bahawa darjat puasa qada adalah lebih tinggi dan tanggungjawab menunaikannya jauh lebih besar daripada sunat Syawal. Ini kerana, puasa qada adalah puasa wajib dan ‘hutang’ ibadat dengan Allah SWT berbanding puasa Syawal yang hanya sebagai tambahan pahala.
dipetik dari harian metro. http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Ekspresi/20091004120848/Article/index_html
Wanita itu sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita yang masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang disekitarnya. Maklumlah, ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam bentuk syair. Al-Khansa bin Amru, demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr :
Setelah Khansa memeluk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair telah digunakan untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam. Ia mempunyai empat orang putera yang kesemuanya diajar ilmu bersyair dna dididik berjuang dengan berani. Kemudian puteranya itu telah diserahkan untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam. Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut menghadapi peperangan dan cabaran.
Pada tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur untuk menentang Farsi. Semua Islam dari berbagai kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke medan perang, maka terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah mengerahkan keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang suci itu. Khansa sendiri juga ikut ke medan perang dalam kumpulan pasukan wanita yang bertugas merawat dan menaikkan semangat pejuan tentera Islam.
Kemudian Khansa membacakan satu ayat dari surah Ali Imran yang bermaksud, "Wahai orang yang beriman! Sabarlah, dan sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu, dan patuhlah kepada Allah, moga-moga menjadi orang yang beruntung." Putera-putera Khansa tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda yang disayanginya.
Subuh esoknya semua tentera Islam sudah berada di tikar sembahyang masing-masing untuk mengerjakan perintah Allah iaitu solat Subuh, kemudian berdoa moga-moga Allah memberikan mereka kemenangan atau syurga. Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima besar Islam telah memberikan arahan agar bersiap-sedia sebaik sahaja semboyan perang berbunyi. Perang satu lawan satu pun bermula dua hari. Pada hari ketiga bermulalah pertempuran besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam melawan tentera Farsi yang berjumlah 200,000 orang. Pasukan Islam mendapat tentangan hebat, namun mereka tetap yakin akan pertolongan Allah .
"Hai saudara-saudaraku! Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu, telah memanggil kita semalam dan membekalkan nasihat. Semua mutiara yang keluar dari mulutnya bernas dan berfaedah. Insya Allah akan kita buktikan sedikit masa lagi."
Kemudian ia maju menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya disusul pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap musuh yang mencabar. Dengan semangat yang berapi-api ia bersyair,
"Demi Allah! Kami tidak akan melanggar nasihat dari ibu tua kami Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan rela hati Segeralah bertempur, segeralah bertarung dan menggempur mush-musuh bersama-sama Sehingga kau lihat keluarga Kaisar musnah."
Anak Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya dan bersyair,
"Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas tidak goncang Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal cemerlang Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap anak-anaknya sendiri Mari! Segera memasuki medan tempur dan segeralah untuk mempertahankan diri Dapatkan kemenangan yang bakal membawakegembiraan di dalam hati Atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi kehidupan yang abadi."
"Bukanlah aku putera Khansa', bukanlah aku anak jantan Dan bukanlah pula kerana 'Amru yang pujiannya sudah lama terkenal Kalau aku tidak membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang bahay, dan musnah mangsa oleh senjataku."
"Segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan mensyahidkan mereka, dan aku mengahrapkan darii Tuhanku, agar Dia mengumpulkan aku dengan mereka di tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!"
Al-Khansa kembali semula ke Madinah bersama para perajurit yang masih hidup dengan meninggalkan mayat-mayat puteranya di medan pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperanan itu pula wanita penyair ini mendapat gelaran kehormatan 'Ummu syuhada yang ertinya ibu kepada orang-orang yang mati syahid."
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"
Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"
Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
1. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
1. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.
Al-Hakim meriwayatkan Alqamah bin Haris r.a berkata, aku datang kepada Rasulullah s.a.w dengan tujuh orang dari kaumku. Kemudian setelah kami beri salam dan beliau tertarik sehingga beliau bertanya, "Siapakah kamu ini ?"
Jawab kami, "Kami adalah orang beriman." Kemudian baginda bertanya, "Setiap perkataan ada buktinya, apakah bukti keimanan kamu ?" Jawab kami, "Buktinya ada lima belas perkara. Lima perkara yang engkau perintahkan kepada kami, lima perkara yang diperintahkan oleh utusanmu kepada kami dan lima perkara yang kami terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?"
Tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima perkara yang aku perintahkan kepada kamu itu ?"
Jawab mereka, "Kamu telah perintahkan kami untuk beriman kepada Allah, percaya kepada Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya, percaya kepada takdir Allah yang baik mahupun yang buruk."
Selanjutnya tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima perkara yang diperintahkan oleh para utusanku itu ?"
Jawab mereka, "Kami diperintahkan oleh para utusanmu untuk bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan engkau adalah utusan Allah, hendaknya kami mendirikan solat wajib, mengerjakan puasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan berhaji bila mampu."
Tanya Nabi s.a.w selanjutnya, "Apakah lima perkara yang kamu masih terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?" Jawab mereka, "Bersyukur di waktu senang, bersabar di waktu kesusahan, berani di waktu perang, redha pada waktu kena ujian dan tidak merasa gembira dengan sesuatu musibah yang menimpa pada musuh." Mendengar ucapan mereka yang amat menarik ini, maka Nabi s.a.w berkata, "Sungguh kamu ini termasuk di dalam kaum yang amat pandai sekali dalam agama mahupun dalam tatacara berbicara, hampir sahaja kamu ini serupa dengan para Nabi dengan segala macam yang kamu katakan tadi."
Kemudian Nabi s.a.w selanjutnya, "Mahukah kamu aku tunjukkan kepada lima perkara amalan yang akan menyempurnakan dari yang kamu punyai ? Janganlah kamu mengumpulkan sesuatu yang tidak akan kamu makan. Janganlah kamu mendirikan rumah yang tidak akan kamu tempati, janganlah kamu berlumba-lumba dalam sesuatu yang bakal kamu tinggalkan,, berusahalah untuk mencari bekal ke dalam akhirat."
Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hiam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.
Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.
Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Mausia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, "Ya Tuhan kami, selamatkanlah."
Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras."
Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.
KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH
Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.
Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
· 1. bertaubat
· 2. menyesali dosa yang dilakukan
· 3. tidak tergila-gilakan dunia
· 4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
· 5. tinggalkan sifat berbangga
· 6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
· 7. meninggalkan sifat dengki
Tingkatan dan nama-nama syurga ialah :-·
1. Firdaus·
2. Syurga 'Adn·
3. Syurga Na'iim·
4. Syurga Na'wa·
5. Syurga Darussalaam·
6. Daarul Muaqaamah·
7. Al-Muqqamul Amin·
8. Syurga Khuldi
Sedangkan tingkatan dan nama-nama neraka adalah :-·
1. Neraka Jahannam·
2. Neraka Jahiim
.3. Neraka Hawiyah·
4. Neraka Wail·
5. Neraka Sa'iir·
6. Neraka Ladhaa·
7. Neraka Saqar·
8. Neraka Hutomah
TIDAK AKAN MASUK NERAKA ORANG YANG MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."
Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.
Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."
Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."
Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)
Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."
Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"
Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.
Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.
Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."
Nak lari kemana 2 cik put...
wow...hencemnya..pandai aku mekap kan .hihihi